Pada 12 – 15 April 2026, Menteri YB Dato’ Sri Abdul Karim Rahman Hamzah, Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan (MTCP) Sarawak, mengetuai delegasi Malaysia ke Xi’an, China sempena Program Routes Asia 2026.
Semasa keberadaan YB Dato’ Sri di Xi’an, beliau dan beberapa delegasi Malaysia telah mengunjungi pejabat Konsulat Jeneral Malaysia di Xi’an. YB Menteri dan delegasi disambut oleh Cik Farah Rakesh, Konsul Jeneral Malaysia. Beberapa perkara telah dibincangkan semasa pertemuan tersebut. Antaranya adalah perancangan untuk bekerjasama dalam mempromosikan Malaysia, khususnya dalam seni persembahan dan kebudayaan kepada China.

