25 November 2024 - Konsulat Jeneral Malaysia di Xi’an (KJM Xi’an) telah mengadakan lawatan konsular ke Yinchuan,Ningxia Hui Autonomous Region pada 25-26 November 2024. Ketibaan pegawai-pegawai KJM Xi’an di Yinchuan, Ningxia disambut baik oleh Cik Audrey Wang, salah seorang rakyat Malaysia yang bekerja di Ningxia Hui Autonomous Region dan juga merupakan Ketua Pegawai Eksekutif WJ Education. Objektif program ini bertujuan untuk berkenalan dengan rakyat Malaysia yang bermastautin di Ningxia serta memastikan mereka di dalam keberadaan yang baik di bumi China ini. Satu sesi suai kenal dan makan malam di Hotel Wanda telah diadakan pada 25 November 2024 telah dihadiri oleh 20 orang diaspora Malaysia yang bekerja serta menetap di Yinchuan, Ningxia. Pengurus Besar hotel tersebut juga merupakan rakyat Malaysia dan baru sahaja menetap di Ningxia pada Julai 2024.
2. Konsul Muda telah mengambil peluang untuk menguar-uarkan maklumat mengenai servis yang disediakan di Konsulat seperti pendaftaran perkahwinan, pendaftaran kelahiran, pembaharuan pasport, visa serta bantuan konsular sekiranya diperlukan. Konsul Muda telah memohon semua rakyat Malaysia di Ningxia untuk mendaftarkan diri dengan pejabat KJM Xi’an agar sebarang pertolongan kecemasan dapat diberikan sekiranya diperlukan pada masa hadapan. KJM Xi’an turut memaklumkan bahawa banyak maklumat serta perkhidmatan dapat diuruskan melalui laman web KLN serta melalui portal E-konsular.
