Mission News

Majlis Hari Raya 2025

12 April 2025 1 views

Pada 12 April 2025, Konsulat Jeneral Malaysia di Xi’an telah menganjurkan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri bertempat di perkarangan bangunan Canseri. Majlis anjuran bersama Malaysian Chamber of Commerce and Industry in China Xi’an Office (MayCham) dengan kerjasama Persatuan Pelajar Malaysia di Shaanxi (AMSISX) ini bermula pada jam 12.00 tengah hari dan tamat pada jam 4.00 petang.

Kehadiran diaspora Malaysia, para kor diplomat dari Kemboja, Kazakhstan dan Hong Kong serta Pengarah Bahagian Konsular, Pejabat Luar Negeri Wilayah Shaanxi, rakan-rakan perniagaan serta kenalan rapat pihak penganjur telah memeriahkan lagi majlis. Hidangan menu seperti nasi minyak, rendang ayam, kari kambing, sayur jelatah, papadom, kambing golek dan nasi himpit bersama dua jenis pilihan kuah iaitu kuah kacang dan lontong serta kuih-muih tradisional. Selain jus buah-buahan yang menyegarkan turut disediakan bersama minuman simbolik Malaysia, teh tarik yang menjadi tumpuan ramai pengunjung.

Dengan anjuran majlis Hari Raya Aidilfitri berkonsepkan Rumah Terbuka ini dapat mengeratkan silaturrahim bersama diaspora Malaysia di samping memperkenalkan tradisi dan budaya Malaysia kepada jemputan dari negara asing. Malawakil juga memanfaatkan peluang keemasan ini untuk menguar-uarkan Kepengerusian ASEAN Malaysia tahun 2025 sekali gus mempromosikan Malaysia sempena Tahun Melawat Malaysia 2026.

 

Share:
Link copied to clipboard
Back