Mission News

MAKAN MALAM BERSAMA RAKYAT MALAYSIA SEMPENA SAMBUTAN HARI MALAYSIA, 15 SEPTEMBER 2018

17 September 2018 1 views

Majlis Makan Malam sempena sambutan Hari Malaysia ke-55 telah diadakan pada hari Sabtu, 15 September 2018 di Sheraton Xian North City Hotel. 

Konsul Jeneral telah menyampaikan amanat beliau kepada semua warga Malaysia yang hadir. Video bertajuk ‘Harapan Merdeka’ turut ditayang untuk tontonan para tetamu yang hadir bagi memupuk semangat patriotik untuk semua rakyat Malaysia yang berada di Xi’an tanpa mengira kaum, bangsa dan agama masing-masing.  Konsul Jeneral dan Home-based Staff serta keluarga berkesempatan beramah mesra bersama warga Malaysia yang menetap di Xi’an. 

Secara keseluruhannya, sambutan Hari Malaysia di Xi’an disambut secara sederhana dan semua yang menghadiri majlis berkenaan amat gembira dan menikmati juadah yang disediakan seperti nasi impit beserta kuah kacang, kueytiaw goreng, sambal udang, sate ayam, nasi ayam Hainan, nasi lemak serta minuman teh tarik. Majlis turut dimeriahkan dengan sesi karaoke, persembahan live band dan persembahan tarian oleh pelajar-pelajar Malaysia di Xi’an.  

MAKAN MALAM BERSAMA RAKYAT MALAYSIA SEMPENA SAMBUTAN HARI MALAYSIA

Share:
Link copied to clipboard
Back