Mission News

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PERSATUAN PELAJAR MALAYSIA DI SHAANXI (AMSISX)

16 March 2026 1 views

Pada 14 Mac 2026, Konsul Muda telah menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Pelajar Malaysia di Shaanxi (AMSISX) sebagai wakil Konsul Jeneral. Mesyuarat ini turut dihadiri oleh Encik Hanafi Jalalonmuhali, Kaunselor (Pendidikan), Kedutaan Besar Malaysia di Beijing secara atas talian. Sewaktu sesi pembukaan mesyuarat tersebut, Konsul Muda merakamkan penghargaan kepada barisan jawatankuasa sedia ada atas komitmen dan sumbangan dalam menjayakan aktiviti anjuran Konsulat Jeneral Malaysia sepanjang tahun 2025. Beliau turut merakamkan ucapan tahniah dan selamat maju jaya kepada barisan jawatankuasa baharu dalam meneruskan kepimpinan persatuan pada masa hadapan.

 

Share:
Link copied to clipboard
Back