Majlis Rumah Terbuka sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri telah diadakan pada hari Ahad, 8 Julai 2018 di Somerset Xindicheng Xi’an. Konsul Jeneral dan Home-based Staff serta keluarga berkesempatan beramah mesra bersama warga Malaysia yang menetap di Xi’an, termasuk pelajar-pelajar Malaysia yang sedang melanjutkan pelajaran mereka di universiti-universiti utama di Xi’an.
Majlis turut memperkenalkan ahli-ahli jawatankuasa eksekutif Maycham China – Xi’an Chapter selaku hos bersama pada rumah terbuka kali ini. Adalah diharapkan kerjasama erat antara Konsulat Jeneral dan Maycham China –Xi’an Chapter dapat diteruskan untuk program-program akan datang.
Selain daripada itu, sebagai tanda penghargaan sumbangan dan bantuan pelajar-pelajar yang terlibat dalam ‘The 3rd Silk Road International Exposition (SRIE)’ pada 11-15 Mei 2018 yang lalu, Konsul Jeneral bagi pihak Konsulat Jeneral telah menyampaikan Sijil-sijil Penghargaan kepada 20 orang pelajar dan instructor yang terlibat dalam program tersebut.
Secara keseluruhannya, semua rakyat Malaysia yang menghadiri majlis berkenaan amat gembira dan menikmati juadah raya yang disediakan oleh PERWAKILAN serta sesi karaoke bersama tetamu yang hadir.