

Pada 17 April 2026, Malaysia - YBhg. Dato’ Ahmad Rozian Abd. Ghani, Timbalan Ketua Setiausaha (Hubungan Dua Hala) menerima kunjungan hormat TYT Frank Hartmann, Ketua Pengarah bagi Asia dan Pasifik, Pejabat Luar Persekutuan Jerman.
Kedua-dua pihak telah berbincang mengenai usaha untuk mengukuhkan kerjasama dua hala dalam bidang perdagangan dan pelaburan, pertahanan, pendidikan, serta kerjasama di forum pelbagai hala. Mereka juga telah bertukar-tukar pandangan mengenai situasi geopolitik semasa dan peranan kuasa-kuasa pertengahan.
___________________________________
On 17 April 2026, Malaysia - YBhg. Dato’ Ahmad Rozian Abd. Ghani, Deputy Secretary General (Bilateral Affairs) received a courtesy call from Director-General for Asia and the Pacific at the Federal Foreign Office of Germany, H.E. Frank Hartmann.
Both sides discussed ways to strengthen bilateral cooperation in trade and investment, defence, education, and cooperation at multilateral fora. They also exchanged views on the current geopolitical situation and the role of middle powers.