Mission News

PENDAFTARAN SEBAGAI PENGUNDI TIDAK HADIR BAGI PELAJAR SEPENUH MASA DI REPUBLIK PERSEKUTUAN JERMAN

01 August 2011 1 views

 

Sukacita dimaklumkan bahawa  pelajar-pelajar sepenuh masa di institut pengajian tinggi, Republik Persekutuan Jerman dan pasangan iaitu suami atau isteri boleh mendaftar di Kedutaan Besar Malaysia, Berlin sebagai Pengundi Tidak Hadir  berdasarkan Peraturan 2 Peraturan-peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002 yang telah menetapkan bahawa semua warganegara yang telah mencapai umur 21 tahun pada tarikh kelayakan dan layak di sisi undang-undang boleh mendaftar sebagai Pengundi Tidak Hadir. Bagi urusan pendaftaran maklumat,  pelajar boleh hadir di Kedutaan Besar Malaysia, Berlin atau di Konsulat Jeneral Malaysia di Frankfurt.

 

Malawakil Berlin

8 September 2011

Share:
Link copied to clipboard
Back