Mission News

PERMOHONAN UNDI POS KATEGORI 1B BAGI PILIHAN RAYA UMUM (PRU) DEWAN UNDANGAN NEGERI (DUN) KE-15

28 June 2023 1 views

PERMOHONAN UNDI POS KATEGORI 1B BAGI PILIHAN RAYA UMUM (PRU) DEWAN UNDANGAN NEGERI (DUN) KE-15 BAGI NEGERI KEDAH, KELANTAN, TERENGGANU, PULAU PINANG, SELANGOR DAN NEGERI SEMBILAN

Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) ingin memaklumkan mengenai tatacara dan tarikh-tarikh penting berhubung permohonan undi pos dalam dan luar negara bagi PRU DUN Ke-15 bagi Negeri Kedah, Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan. Ini mengambil kira tempoh hayat DUN bagi keenam-enam Negeri tersebut akan berakhir tidak lama lagi.

Sehubungan itu adalah dimaklumkan bahawa permohonan undi pos bagi semua Kategori termasuk Kategori 1B – Pengundi Pos Luar Negara bagi pelaksanaan PRU DUN Ke-15 AKAN MULA DIBUKA PADA 15 JUN 2023 (KHAMIS). Permohonan undi pos hendaklah dibuat secara atas talian (online) di laman sesawang MySPR Daftar melalui pautan berikut https://myspr.spr.gov.my/login atau di portal rasmi SPR di pautan https://www.spr.gov.my/.

Pemohon bagi kategori ini juga adalah tertakluk kepada syarat-syarat kelayakan pengundi pos luar negara yang ditetapkan oleh SPR seperti berikut:

  1. Merupakan seorang pemilih berdaftar dengan SPR di mana-mana Bahagian Pilihan Raya; dan
  2. Tinggal di Luar Negara.

 

Bagi proses pemulangan kertas undi ke SPR (setelah diterima), para pengundi pos berkenaan boleh menggunakan mana-mana khidmat kurier sedia ada di negara yang didiami. Walau bagaimanapun, kos penghantaran semula kertas undi yang telah ditanda adalah atas tanggungan pengundi pos tersebut.

Share:
Link copied to clipboard
Back