Sukacitanya dimaklumkan bahawa Kedutaan Besar Malaysia akan mengadakan sambutan Hari Raya Aidilfitri pada hari Ahad, 19 Ogos 2012. Sehubungan itu semua rakyat Malaysia di Jerman adalah dijemput hadir bagi memeriahkan majlis tersebut. Butiran lanjut majlis adalah seperti berikut:
Tarikh : Ahad, 19 Ogos 2012
Masa : 1200 hrs-1400 hrs
Alamat : Kedutaan Besar Malaysia
Klingelhoferstr. 6,
10785 Berlin
Diharap semua warga Malaysia dapat hadir bagi memeriahkan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini di Kedutaan Besar Malaysia.
Kedutaan Besar Malaysia
Berlin
--------------------------------------------------------
* Pihak kedutaan berharap dapat dimaklumkan mengenai pengesahan dan bilangan kehadiran melalui e-mel di info@malemb.de bagi tujuan persediaan yang sewajarnya.