Mission News

KUNJUNGAN DARIPADA PELAJAR-PELAJAR SEKOLAH MENENGAH AGAMA PERSEKUTUAN LABU KE KEDUTAAN BESAR MALAYSIA DI PARIS, 27 NOVEMBER 2017

08 December 2017 1 views

 Pada 27 November 2017, Kedutaan Besar Malaysia di Paris telah menerima kunjungan daripada 26 pelajar-pelajar Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu di bawah anjuran Yayasan Harapan Kanak-kanak Malaysia (YHKM). Lawatan tersebut turut disertai oleh 3 guru pengiring dan seorang wakil daripada YHKM.

 

YHKM adalah sebuah pertubuhan kebajikan yang dinaungi oleh YABhg. Datin Sri Rosmah Mansor, isteri kepada YAB Perdana Menteri. Misi utama YHKM adalah untuk menjaga kebajikan dan meningkatkan potensi kanak-kanak di Malaysia. Dalam kesungguhan mengisi matlamat tersebut, program “Global Solidarity” iaitu program mengembara telah diwujudkan khusus buat pelajar dan tenaga pengajar di Malaysia.

 

Duta Besar Malaysia ke Perancis, TYT Datuk Ibrahim Abdullah dan pegawai-pegawai Kedutaan telah meluangkan masa untuk bertemu dengan pelajar-pelajar tersebut. Seterusnya. TYT Duta Besar telah memberikan penerangan tentang hubungan diplomatik Malaysia dan Perancis dan peluang pendidikan yang ditawarkan oleh Perancis. Sesi soal jawab seterusnya menyentuh antara lainnya, tentang pengaruh dan persepsi yang digambarkan oleh media dan kepentingan memelihara warisan budaya dengan merujuk kepada seni bina Perancis yang dipelihara dengan baik.

 

Para pelajar kelihatan teruja semasa lawatan ke Kedutaan Besar Malaysia di Perancis. Program lawatan sambil belajar seumpama ini diharap dapat membuka mata dan minda pelajar-pelajar yang merupakan pemangkin kepada generasi gemilang pada masa akan datang.

 

Share:
Link copied to clipboard
Back