Kedutaan Besar Malaysia di Paris telah mengadakan Majlis Bacaan Tahlil dan Doa Kesyukuran sempena Hari Kemerdekaan Malaysia ke-53 pada 30 Ogos 2010. Majlis tersebut yang telah dihadiri oleh seramai 70 orang rakyat Malaysia yang beragama Islam dikalangan kakitangan Kedutaan, pelajar-pelajar dan yang bekerja di Perancis. Majlis tersebut turut dimeriahkan oleh sambutan membuka puasa serta solat terawih.
TYT Tan Sri Abdul Aziz Zainal (berdiri), Duta Besar Malaysia ke Perancis memberi ucapan sempena Hari Kemerdekaan Malaysia ke-53 kepada semua para hadirin. Teks ucapan beliau kepada semuaa rakyat Malaysia di Perancis boleh didapati di sini.