Mission News

PENDAFTARAN PEMILIH

17 December 2010 1 views

Embassy of Malaysia

Paris

 

 

 

 

PENDAFTARAN PEMILIH

 

 

Rakyat Malaysia di Perancis yang ingin mendaftar sebagai pemilih  boleh mendapatkan borang pendaftaran pemilih iaitu ?Borang A Pendaftaran Pemilih? daripada Bahagian Konsular di Kedutaan Besar Malaysia di Paris atau melalui laman web Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia di www.spr.gov.my

 

Untuk makluman, pendaftaran serta pengisian borang pendaftaran pemilih yang lengkap harus disaksikan oleh Pegawai Konsular Kedutaan.

 

Borang yang lengkap boleh dihantarkan terus kepada Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia di alamat seperti berikut:

 

Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia

Aras 4 & 5, Block C7,

Kompleks C

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

62690 Putrajaya

Malaysia

Tel: 00 60 3 88 85 65 00

 

Kedutaan juga boleh menghantarkan borang permohonan yang lengkap ke Malaysia.

 

Sila ambil maklum bahawa di bawah  Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilh 2002), hanya pemilih yang termasuk di dalam kategori di bawah  layak mengundi sebagai pengundi tidak hadir:

 

i)             Pegawai perkhidmatan awam  yang berkhidmat di luar negara berserta pasangan

ii)            Pelajar sepenuh masa berserta pasangan

 

Rakyat Malaysia yang bukan di dalam kategori diatas perlu pulang ke Malaysia untuk mengundi.

 

 

 

 

Kedutaan Besar Malaysia

Paris

6 Februari 2008

Share:
Link copied to clipboard
Back