PERTANDINGAN KUIZ ASEAN 2022
Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) akan melaksanakan Pertandingan Kuiz ASEAN 2022 bermula pada 1 hingga 30 Jun 2022 secara dalam talian melalui dua kategori iaitu Kategori Murid Sekolah (15 hingga 17 tahun) dan Kategori Terbuka (18 tahun keatas).
Penyertaan seluruh Rakyat Malaysia khususnya yang berada di luar negara untuk bersama-sama menyertai pertandingan ini bagi Kategori Terbuka adalah dialu-alukan. Sila scan QR Code yang disediakan untuk penyertaan.
