Mission News

Trade And Investment Mission YB Menteri Industri dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia(MITI) ke Vijayawada, Andhra Pradesh dan Hyderabad, Telanggana

03 May 2016 1 views

Pada 3 Mei 2016, Konsul Jeneral Malaysia, Encik Ahmad Fajarazam bin Abdul Jalil telah mengikuti lawatan kerja Trade and Investment Mission diketuai YB Menteri Industri dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITI) ke Vijayawada, Andhra Pradesh dan Hyderabad, Telanggana. YB Dato’ Sri Mustapa Mohamed juga telah mengadakan Misi Perdagangan dan Pelaburan ke New Delhi, Vijawada, Hyderabad dan Colombo.

 

Semasa lawatan tersebut, YB Menteri MITI bersekesempatan berjumpa dengan T.Y.T Chandrababu Naidu, Chief Minister of Andhra Pradesh, di mana kedua-dua pihak telah membincangkan isu-isu berkaitan perdagangan dua hala, dan pelaburan syarikat Malaysia di India, khasnya di Andhra Pradesh di dalam sektor pembangunan infrastruktur. Turut serta dalam delegasi YB MITI adalah YBhg. Datuk N. Rajendran, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif MIDA, Encik Wan Latiff Wan Musa, Pengarah Kanan, MATRADE, dan wakil-wakil syarikat Malaysia.

Share:
Link copied to clipboard
Back