Mission News

Program Bersama Pertubuhan Bulan Sabit Merah Iran (ICRC)

15 December 2013 1 views

 

 

Kedutaan Besar Malaysia di Tehran, Iran telah mengadakan program bersama Pertubuhan Bulan Sabit Merah Iran (Iranian Red Crescent – ICRC) pada 1 Disember 2013. Program ini merupakan satu perkongsian pintar (Smart Partnership) antara pihak Kedutaan dan ICRC Tehran bertujuan untuk meningkatkan kesedaran di kalangan pegawai dan kakitangan Kedutaan terutama dalam menghadapi situasi bencana. Kesemua pegawai dan kakitangan serta keluarga pegawai di Kedutaan telah menghadiri program tersebut.
 
Duta Besar TYT Mohamad Sadik Kethergany dalam ucapannya turut menyatakan bahawa program ini merupakan usaha berterusan bagi menjalinkan kerjasama (networking) antara Kedutaan Besar Malaysia dan ICRC Tehran. Pihak ICRC Tehran yang diketuai oleh Ketua ICRC Tehran telah menyatakan kesediaan untuk meneruskan kerjasama dengan Kedutaan Besar Malaysia pada masa hadapan khususnya ketika situasi kecemasan seperti gempa bumi. Pada akhir sesi, pihak ICRC Tehran memberi suntikan pelalian Influenza kepada semua peserta kursus sebagai langkah pencegahan kepada wabak tersebut.
 
 
 
Kedutaan Besar Malaysia
Tehran
1 Disember 2013
 

 

 

 

Share:
Link copied to clipboard
Back