Mission News

KENYATAAN AKHBAR OLEH KEMENTERIAN LUAR NEGERI MALAYSIA BERKENAAN KEJADIAN GEMPA BUMI DI ITALI

30 October 2016 1 views

Kementerian Luar Negeri melalui Kedutaan Besar Malaysia di Rome sedang memantau perkembangan dan situasi terkini di kawasan terlibat berikutan gempa bumi di Itali. Gempa bumi pada skala 6.6 Richter yang berlaku di Itali pada hari Ahad, 30 Oktober 2016, jam 7.40 pagi (2.40 PM waktu Malaysia) merupakan gempa bumi terkini sejak kejadian di Itali pada hari Rabu dan Khamis lalu.

 

Warganegara Malaysia yang berada di sekitar kawasan yang terjejas dan memerlukan bantuan konsular boleh menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di Rome seperti berikut:

 

KEDUTAAN BESAR MALAYSIA, ROME
Via Nomentana 297
00162 Rome, Itali

Tel : +39 068 415 764 / +39 068 417 026 /
        +39 068411 339
E-mel : mwrome.kln@1govuc.gov.my

 

ATAU

 

WISMA PUTRA : 03-8887 4570 (selepas waktu bekerja)
03-8887 4530

PUTRAJAYA
30 OKTOBER 2016

Share:
Link copied to clipboard
Back