Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri telah diadakan di Kedutaan Besar Malaysia di Rom, Itali pada 14 September 2013. Pelbagai jenis juadah tradisional serta minuman telah disedaikan pada hari tersebut termasuklah nasi minyak, rendang daging dan ayam, ayam masak merah, lontong, Laksa, kuah kacang, nasi himpit serta pelbagai kuih raya. Majlis tersebut di meriahkan dengan 120 hadirin yang terdiri daripada warga Malaysia yang bekerja atau menetap di Rom, warga-warga asing serta pegawai-pegawai Kedutaan dan keluarga.