Kedutaan Besar Malaysia di Rome, Italy telah mengadakan Majlis Rumah Terbuka sempena sambutan Tahun Baru Cina pada hari Sabtu, 25 Februari 2012. Majlis tersebut telah diraikan bersama lebih kurang 100 orang hadirin yang terdiri daripada pegawai dan kakitangan Kedutaan Besar Malaysia di Rome serta keluarga, Cik Anna Ceppaluni, Konsul Kehormat Malaysia di Napoli, pegawai agensi-agensi Malaysia di Italy, sebilangan rakyat Malaysia di Italy, beberapa orang wakil daripada agensi-agensi Kerajaan Italy dan rakan-rakan dari Italy.
2. Majlis Rumah Terbuka yang diadakan sempena sambutan Tahun Baru Cina tersebut diadakan bagi memupuk serta merapatkan silaturrahim di antara pegawai dan kakitangan Kerajaan Malaysia, agensi-agensi Malaysia di Italy dan rakyat Malaysia yang bermastautin di Italy.