Mission News

Majlis Sambutan Tahun Baru Cina di Kedutaan Besar Malaysia di Rome, Italy Pada Hari Sabtu, 25 Februari 2012

01 March 2012 1 views


 

Kedutaan Besar Malaysia di Rome, Italy telah mengadakan Majlis Rumah Terbuka sempena sambutan Tahun Baru Cina pada hari Sabtu, 25 Februari  2012. Majlis tersebut telah diraikan bersama lebih kurang 100 orang hadirin yang terdiri daripada pegawai dan kakitangan Kedutaan Besar Malaysia di Rome serta keluarga, Cik Anna Ceppaluni, Konsul Kehormat Malaysia di Napoli, pegawai agensi-agensi Malaysia di Italy, sebilangan rakyat Malaysia di Italy, beberapa orang wakil daripada agensi-agensi Kerajaan Italy dan rakan-rakan dari Italy.

 

2.         Majlis Rumah Terbuka yang diadakan sempena sambutan Tahun Baru Cina tersebut diadakan bagi memupuk serta merapatkan silaturrahim di antara pegawai dan kakitangan Kerajaan Malaysia, agensi-agensi Malaysia di Italy dan rakyat Malaysia yang bermastautin di Italy.

 

 


Kedutaan Besar Malaysia di Rome, Italy        

10 Mac 2012

 

Share:
Link copied to clipboard
Back