Mission News

PENGUNDIAN POS DI LUAR NEGARA

21 January 2013 1 views

PENGUNDIAN POS DI LUAR NEGARA

 

Peraturan Pilihan Raya (Pengundian Pos) 2003 berkenaan kemudahan pengundian pos secara bersyarat kepada warganegara Malaysia yang bermastautin di luar negara selain pengundi tidak hadir (PTH) telah diwartakan dan berkuatkuasa pada 21 Januari 2013. Warganegara Malaysia yang layak dan termasuk dalam kategori ini boleh mengemukakan permohonan mereka untuk mengundi secara pos mulai 21 Januari 2013 sehingga hari pembubaran Parlimen atau Dewan Undangan Negeri.


Syarat-syarat untuk melayakkan mengundi secara pos dari luar negara adalah seperti berikut:

 

a) Warganegara Malaysia

b) Pemilih berdaftar

c) Menetap di luar Negara kecuali di Singapura, wilayah Selatan Thailand, Brunei dan Kalimantan Indonesia

d) Pernah berada di Malaysia atau kembali ke Malaysia tidak kurang daripada 30 hari dalam tempoh 5 tahun sebelum tarikh pembubaran Parlimen atau Dewan Undangan Negeri yang sedang berkuat kuasa.

 

Sekiranya kesemua syarat tersebut di atas telah dipenuhi, pengundi boleh memohon mengundi secara pos dengan menghantar  Borang 1B (link adalah seperti di bawah) kepada Ibu Pejabat SPR melalui cara seperti yang berikut:

 

a) melalui emel kepada upup@spr.gov.my; atau

b) melalui faks ke +603-8881 1201/ 1202 / 1187 / 1192; atau

c) melalui pos ke alamat:

 

Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia Aras 4-5, Blok C7,
Kompleks C Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62690 Putrajaya
(Attn : Unit Pengurusan Undi Pos Luar Negara)

 

Adalah diperingatkan, anda perlu menentukan lokasi Pejabat Pewakilan Malaysia di luar negara untuk menerima Sampul Keutamaan yang mengandungi kertas undi kepada pihak SPR.

 

Panduan untuk mengisi borang 1B.

 

Borang 1B.

 

 

Soalan-soalan lazim (FAQ) mengenai pengundian pos.


 

Share:
Link copied to clipboard
Back