Program Food Sale kali pertama bagi tahun 2012 telah di adakan di perkarangan Kedutaan Besar Malaysia, Rome, Italy pada 2 April 2012. Program anjuran Perwakilan Rome ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan di mana pelanggan-pelanggan yang hadir terdiri daripada pegawai-pegawai dan kakitangan daripada Kedutaan-kedutaan di Rome, Italy.
Pelbagai jenis juadah popular Malaysia serta minuman telah dijual pada hari tersebut termasuklah nasik lemak berlaukkan rendang daging dan ayam goreng, mee kari serta kuih-muih seperti karipap, popia, bahulu kemboja, puding jagung, kuih kaswi dan cucur badak.
Perwakilan akan terus mengadakan program sebegini dari semasa ke semasa kerana selain daripada dapat mempromosi makanan tradisional Malaysia, ianya juga dapat memupuk semangat bekerjasama ahli-ahli Perwakilan.