TYT Dato' Abdul Samad Othman, Duta Besar Malaysia ke Itali telah menghoskan rumah terbuka di Kediaman Rasmi di Rom pada 17 Julai 2015. Pelbagai jenis juadah tradisional serta minuman telah disediakan pada hari tersebut termasuklah lemang, rendang daging, ayam masak merah, lontong, Laksam, kuah kacang, nasi himpit serta pelbagai kuih raya. Majlis tersebut di meriahkan dengan hadirin yang terdiri daripada warga Malaysia yang bekerja atau menetap di Rom, pegawai serta staf Kedutaan dan keluarga. Majlis tersebut telah merapatkan lagi hubungan sesama warga Malaysia di Rom, Itali.
Kedutaan Besar Malaysia
Rom, Itali
18 Julai 2015