Mission News

SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN MALAYSIA 2015 KEDUTAAN BESAR MALAYSIA, ROME, ITALY

03 September 2015 1 views

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Majlis Sambutan Hari Kebangsaan Malaysia 2015 telah diadakan di Pavilion Malaysia, EXPO Milano pada hari Isnin, 31 Ogos 2015 dari jam 3.30 sehingga jam 5.30 petang.  Seramai 80 orang tetamu yang kebanyakkan terdiri dari rakyat Malaysia di Italy hadir pada majlis tersebut.  Turut sama memeriahkan majlis adalah TYT Dato' Abdul Samad Othman, Duta Besar Malaysia ke Itali, Y.Bhg Tan Sri Dr. Rebecca Fatima Sta Maria, Ketua Setiausaha MITI dan Y.Bhg Dato' Sri Dr. Noorul Ainur Muhd. Nur, Ketua Setiausaha MOSTI.

 

Majlis tersebut dimulakan dengan lagu Kebangsaan Negaraku yang dinyanyikan bersama oleh para hadirin.  Majlis diteruskan dengan Y.Bhg Tan Sri Dr. Rebecca Fatima Sta Maria, Ketua Setiausaha MITI menyampaikan ucapan alu-aluan di mana beliau menekankan tema Hari Kebangsaan 'SehatiSejiwa' harus dihayati oleh semua warga Malaysia.  Beliau berharap rakyat Malaysia dapat bersatu bagi menempuhi segala cabaran.  Seterusnya beliau menjemput TYT Dato' Abdul Samad Othman, Duta Besar Malaysia ke Itali untuk menyampaikan ucapan beliau.

 

Dalam ucapan tersebut, beliau menyatakan keabkraban hubungan dua hala antara Malaysia dan Itali akan diteruskan serta usaha akan dilakukan bagi memantapkan lagi hubungan tersebut.  Beliau melahirkan rasa bangga akan penglibatan Malaysia di dalam EXPO Milano serta memuji usaha-usaha promosi antaranya pertunjukan kebudayaan yang dijalankan sepanjang tempoh 6 bulan di EXPO Milano.  Beliau juga memaklumkan bahawa di bawah pimpinan Malaysia, ASEAN bakal menubuhkan Komuniti Ekonomi ASEAN pada hujung tahun 2015.

 

Majlis seterusnya menyaksikan pertunjukkan dikir barat dan di akhiri dengan nyanyian bersama lagu 'Tanggal 31' yang pernah dipopularkan oleh Allahyarham Sudirman.

 

Pada majlis tersebut, tetamu-tetamu telah dihidangkan dengan perlbagai makanan juadah tradisional Malaysia seperti sate, nasi lemak, kuih karipap, keropok, bubur pisang serta banyak lagi.

 

 

Kedutaan Besar Malaysia, Rome

4 September 2015

Share:
Link copied to clipboard
Back