Mission News

SAMBUTAN MAJLIS BERBUKA PUASA DAN SOLAT TARAWIKH DI RUMAH MALAYSIA, 13 JULAI 2013

31 July 2013 1 views

 

SAMBUTAN MAJLIS BERBUKA PUASA DAN SOLAT TARAWIKH DI RUMAH MALAYSIA, 13 JULAI 2013

Minggu pertama Ramadhan di Rome, Itali disambut dengan majlis berbuka puasa dan solat terawikh di Kediaman Rasmi Duta Besar pada 13 Julai 2013. Sambutan majlis berbuka puasa ini dimeriahkan lagi dengan kehadiran rakyat Malaysia beragama Islam yang menetap di Rome. Seramai 35 orang HBS dan keluarga serta rakyat Malaysia beragama Islam hadir pada majlis berbuka puasa dan solat terawikh yang dianjurkan.

Setelah selesai berbuka puasa ringkas, solat Maghrib didirikan dan kesemua hadirin menyambung semula menikmati juadah berbuka puasa. Solat Isyak didirikan secara berjemaah selepas itu dan diikuti dengan solat terawikh.

Share:
Link copied to clipboard
Back