Mission News

GARIS PANDUAN PROSES KEMASUKAN PERSON UNDER SURVEILLANCE (PUS) YANG TIBA DARI LUAR NEGARA BERMULA 10 JUN 2020

11 June 2020 1 views

GARIS PANDUAN PROSES KEMASUKAN PERSON UNDER SURVEILLANCE (PUS) YANG TIBA DARI LUAR NEGARA BERMULA 10 JUN 2020

1. LATAR BELAKANG
Selaras dengan hasrat serta usaha Kerajaan Malaysia dalam mengekang penularan wabak COVID-19, Kerajaan telah memutuskan bahawa mulai 10 Jun 2020, Kerajaan Malaysia melalui ketatapan dasar baharu telah memutuskan bahawa semua rakyat Malaysia dan bukan warganegara yang dibenarkan masuk ke Malaysia dan tiba dari luar negara akan menjalani tempoh kuarantin kuarantin wajib di kediaman selama 14 hari setelah mendapat keputusan negative COVID-19 dan pemantauan akan dibuat melalui Aplikasi MySejahtera.

Individu yang dikenakan perintah kuarantin dan memegang “Surat Perintah Pengawasan dan Pemerhatian Bagi Kontak Jangkitan Penyakit Corona Virus 2019 (COVID-19) di bawah Seksyen 15(1) Akta 342” dirujuk sebagai Person Under Surveillance (“PUS”).


2. RUMAH KEDIAMAN
Rumah Kediaman merupakan alamat kuarantin seperti yang dinyatakan dalam surat arahan Perintah Pengawasan Dan Pemerhatian Bagi Kontak Jangkitan 2019-Novel Coronavirus (2019- nCoV) Di Bawah Seksyen 15(1) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 [Akta 342], Annex 14.


3. PROSES TERKINI KEMASUKAN PUS DI PINTU MASUK ANTARABANGSA

3.1 Sebelum Ketibaan

Semua PUS yang akan memasuki Malaysia perlu memuat turun aplikasi MySejahtera dan mengisi ruangan butiran peribadi.

3.2 Ketibaan di Pintu Masuk Antarabangsa

Tatacara ketibaan PUS di Pintu Masuk Antarabangsa adalah seperti berikut:-

a. Pemeriksaan dan Tapisan Kesihatan di Pintu Masuk Antarabangsa Negara oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

(i) Saringan kesihatan akan dijalankan dan mana-mana PUS yang menunjukkan simptom COVID-19 akan dirujuk ke hospital bagi rawatan lanjut;
(ii) Proses pengambilan sampel untuk ujian COVID-19 akan dijalankan di balai ketibaan, atau di Pusat Transit. Persampelan dan keputusan ujian COVID-19 ini boleh memakan masa yang lama dan PUS dimohon untuk menunggu sehingga keputusan ujian COVID-19 diperolehi;
(iii) Health Assessment Tool (HAT) akan dibekalkan untuk tujuan pemantauan kendiri PUS sepanjang tempoh kuarantin; dan
(iv) PUS akan dibekalkan dengan Annex 14 : Arahan Perintah Pengawasan Dan Pemerhatian Bagi Kontak Jangkitan 2019-Novel Coronavirus (2019- nCoV) Di Bawah Seksyen 15(1) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 [Akta 342],

b. Penerimaan Imigresen, Kastam dan urusan logistik ke Pusat Transit (Jabatan Imigresen/Jabatan Kastam)

(i) PUS akan menjalani proses ketibaan masuk seperti biasa melalui pemeriksaan dan pengesahan Pegawai Imigresen dan Kastam.

3.3 Pengurusan PUS yang dibawa ke Pusat Transit

a. Sekiranya Kerajaan menerima ketibaan penumpang yang tinggi di Pintu Masuk Antarabangsa, pihak Kerajaan akan membawa PUS yang terlibat ke Pusat Transit untuk pengujian ujian COVID-19; dan
b. PUS perlu menunggu sehingga keputusan ujian COVID-19 diperolehi sebelum bergerak ke kediaman masing-masing.

3.4 Pengurusan PUS Pulang Ke Kediaman Masing-Masing

a. Pergerakan PUS meninggalkan PMA/ Pusat Transit untuk pulang ke rumah:

  • Waris/ wakil dibenarkan untuk mengambil PUS di PMA/Pusat Transit ; atau
  • PUS dibenarkan mengatur pengangkutan awam sendiri (teksi, e-hailing) untuk pulang ke rumah.

3.5 Pengurusan Kuarantin

a. PUS adalah tertakluk kepada Prosedur seperti yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia; dan
b. Pelanggaran kepada prosedur kuarantin ini boleh dikenakan tindakan Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 [Akta 342].


4. PENGUATKUASAAN

Pemakaian tatacara ini berkuat kuasa daripada 10 Jun 2020 sehingga suatu tarikh yang akan dimaklumkan oleh Kerajaan Malaysia.
 

NADMA MALAYSIA

Share:
Link copied to clipboard
Back