HARI BERSAMA PELANGGAN KEDUTAAN BESAR MALAYSIA TOKYO
Kedutaan Besar Malaysia di Tokyo akan mengadakan Hari Bersama Pelanggan pada hari Khamis setiap minggu (kecuali jika terdapat cuti umum) dalam usaha untuk mendekati rakyat Malaysia di Jepun. Para pelanggan boleh membuat urusan pertanyaan berhubung perkara-perkara berikut, antara lain:
1) Urusan/Prosedur Pendaftaran Rakyat Malaysia di luar negara
2) Urusan permohonan pembaharuan pasport warganegara Malaysia
3) Permohonan Sijil Perakuan Kecemasan
4) Prosedur Perkahwinan Islam di luar negara
5) Pendaftaran Perkahwinan bukan Islam di luar negara
6) Pendaftaran Kelahiran di luar negara (Borang W)
7) Pendaftaran warganegara anak kepada ibu warganegara Malaysia
8) Pendaftaran kewarganegaraan anak kepada bapa warganegara Malaysia
9) Urusan permohonan terjemahan Lesen Memandu Malaysia
10) Urusan Notari
Kedutaan Besar Malaysia di Jepun berharap agar Hari Bersama Pelanggan ini dapat dimanfaat oleh semua warganegara Malaysia bagi mendapatkan penjelasan berhubung sebarang kemusykilan terhadap prosedur-prosedur yang melibatkan rakyat Malaysia yang bermastautin di luar negara.