HEBAHAN BERKAITAN PERMOHONAN UNDI POS KATEGORI 1B BAGI PILIHAN RAYA KECIL (PRK) PARLIMEN P.161 PULAI DAN PRK DEWAN NEGERI N.13 SIMPANG JERAM, JOHOR
1. Adalah dimaklumkan bahawa Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) yang bermesyuarat pada 3 Ogos 2023 (Khamis) telah menetapkan 9 September 2023 (Sabtu) sebagai Hari Mengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen P.161 Pulai dan PRK Dewan Negeri N.13 Simpang Jeram, Johor.
2. Sehubungan itu, adalah dimaklumkan bahawa permohonan undi pos bagi semua Kategori termasuk Kategori 1B - Pengundi Pos Luar Negara bagi pelaksanaan PRK Parlimen P.161 Pulai dan PRK Dewan negeri N.13 Simpang Jeram, Johor akan mula dibuka pada 3 Ogos 2023 (Khamis) dan akan ditutup pada 12 Ogos 2023 (Sabtu).
3. Untuk makluman, syarat-syarat kelayakan bagi permohonan undi pos Kategori 1B seperti berikut telah dimansuhkan:
3.1 Merupakan seorang pemilih berdaftar yang mengundi di Bahagian pilihan Raya Parlimen P.161 Pulai atau Dewan Negeri N.13 Simpang Jeram, Johor; dan
3.2 Tinggal di luar negara.
4. Syarat-syarat kelayakan bagi permohonan undi pos Kategori 1B seperti berikut telah dimansuhkan:
4.1 Bermastautin di luar negara kecuali di Selatan Thailand (Narathiwat, Pattani, Yala, Songkhla dan Satun), Singapura, Brunei dan Kalimantan, Indonesia; dan
4.2 Pernah kembali ke Malaysia, selama tidak kurang dari 30 hari dalam tempoh lima (5) tahun sebelum tarikh kekosongan yang dipastikan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya bagi kerusi Dewan Rakyat.
5. Semua permohonan hendaklan dibuat secara atas talian (online) sepenuhnya melalui portal MySPR. Bagi tujuan ini, pemilih yang layak dan berhasrat untuk mengundi secara pos hendaklah mendaftar akaun MySPR melalui pautan https://myspr.spr.gov.my.
6. Berikut dilampirkan Langkah-Langkah Permohonan Akaun Baharu MySPR dan Panduan Permohonan Undi Pos Kategori 1B Secara Online Melalui MySPR (Bahasa Melayu dan Inggeris) sebagai rujukan.