Mission News

LAWATAN DELEGASI PELAJAR JABATAN PENGAJIAN ASIA TIMUR, FAKULTI SASTERA DAN SAINS SOSIAL, UNIVERSITI MALAYA KE KEDUTAAN BESAR MALAYSIA DI TOKYO

13 June 2011 1 views

Pada 13 Jun 2011, seramai 13 orang pelajar Jabatan Pengajian Asia Timur, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya telah mengadakan lawatan ke Kedutaan Besar Malaysia di Tokyo. Delegasi pelajar tersebut adalah dalam rangka lawatan sambil belajar ke Jepun dari 12 hingga 26 Jun 2011. Pelajar-pelajar berkenaan turut diiringi oleh Prof. Dr. Mohammad Redzuan Othman, Dekan Fakulti Sastera dan Sains Sosial dan Encik Zakaria Mustafa, Ketua Jabatan Pengajian Asia Timur.

 

Semasa lawatan ke Kedutaan Besar Malaysia, delegasi tersebut telah mengadakan kunjungan hormat ke atas TYT Duta Besar Datuk Shaharuddin Md. Som. Pihak Kedutaan juga telah memberikan taklimat ringkas mengenai fungsi dan peranan Kedutaan, hubungan dua hala Malaysia dan Jepun serta peluang-peluang melanjutkan pelajaran ke Jepun.

 

Selain daripada lawatan ke Kedutaan, delegasi pelajar Jabatan Pengajian Asia Timur akan mengadakan program pertukaran dengan pelajar-pelajar Rikkyo University, Tokyo dan homestay dengan Hippo Family Club Members di Funabashi, Chiba Prefecture.


 

 

 

Share:
Link copied to clipboard
Back