Mission News

PENGUMUMAN: KAEDAH PENGHANTARAN KERTAS UNDI POS BAGI KATEGORI 1B DAN PENGUNDI TIDAK HADIR (PTH) PADA PILIHAN RAYA UMUM KE-14

09 April 2018 1 views

 

 

Kepada pengundi-pengundi di luar negara meliputi “Kategori 1B – Pengundi Pos Luar Negara” dan “Pengundi Tidak Hadir (PTH)”:

 

 

  • SPR telah memutuskan untuk menggunakan perkhidmatan Pos Malaysia dalam urusan penghantaran sehala Sampul-sampul Keutamaan yang mengandungi kertas undi untuk pengundi-pengundi di luar negara meliputi “Kategori 1B – Pengundi Pos Luar Negara” dan “Pengundi Tidak Hadir (PTH)”.

 

  • Walau bagaimanapun, penghantaran balik Sampul-sampul B yang mengandungi kertas undi ke Malaysia pula adalah tanggungjawab pengundi sendiri termasuk kos penghantaran yang tidak ditanggung oleh SPR. 

 

  • Kertas undi pos bagi PTH dan Pengundi Pos yang layak, akan diposkan oleh Pos Malaysia dua (2) hari selepas tarikh penamaan calon.

 

  • Mekanisma penghantaran sampul keutamaan ke luar negara oleh Pos Malaysia adalah menggunakan perkhidmatan syarikat-syarikat kurier antarabangsa (rakan strategik PMB) seperti FeDEX, ARAMEX, DHL dan TNT.

 

  • Tempoh penghantaran balik semula undi pos perlu sampai ke Pejabat Pegawai Pengurus di Malaysia pada hari pengundian iaitu hari Rabu, 9 Mei 2018 sebelum jam 5.00 petang.

 

  • Adalah dinasihatkan supaya penghantaran balik kertas undi pos berkenaan tidak dilewat-lewatkan bagi mengelakkan kelewatan penerimaan di Pejabat Pegawai Pengurus.

 

 

 


 

 

 

Share:
Link copied to clipboard
Back