PERLANJUTAN TEMPOH LUPUT PASPORT MALAYSIA ANTARABANGSA (PMA) SELAMA 2 TAHUN
Bertujuan untuk membantu rakyat Malaysia yang bermastautin di Luar Negeri yang menghadapi kesukaran dalam memperbaharui permit tinggal di negara tersebut sementara menunggu pasport baru disiapkan.
- Diberikan secara automatik apabila pemohon hadir untuk pembaharuan pasport dengan dokumen yang lengkap di Kaunter Konsular, Kedutaan Besar Malaysia di Tokyo.
- Diberikan kepada PMA yang tamat pada tahun 2021 sahaja.
- Pemohon mestilah mempunyai Pas/Permit tinggal yang sah.
- Endosmen akan dibuat secara manual pada mukasurat PEMERHATIAN/OBSERVATON pasport pemohon.
- Lanjutan ini tidak boleh digunakan untuk melawat ke negara ketiga.
- Tiada bayaran dikenakan.
- Sebarang pertanyaan lanjut boleh dikemukakan melalui emel ke consular.tyo@kln.gov.my