Hebahan berkaitan Permohonan Undi Pos Kategori 1B bagi Pilihan Raya Umum (PRU) Dewan Undangan / Dewan Negeri / Dewan Undangan Negeri (DUN) ke-15 bagi Negeri Kedah, Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan

Permohonan undi pos bagi semua kategori termasuk Kategori 1B – Pengundi Pos Luar Negara bagi pelaksanaan PRU DUN ke-15 telah dibuka bermula pada 15 Jun 2023 (Khamis).
Langkah-langkah Permohonan Akaun Baharu MySPR dan Panduan Permohonan Undi Pos Kategori 1B Secara Online Melalui MySPR boleh didapati melalui pautan ini.
Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, sila hubungi Unit Pengurusan Und Pos (UPUP) melalui:
- Telefon: +603-8892 7080 (8.30 pagi – 11.30 malam waktu Malaysia)
- E-mel: upup@spr.gov.my