Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) telah menetapkan 12 Mac 2022 sebagai Hari Mengundi bagi PRU DUN Johor Ke-15.
Tempoh permohonan undi pos yang telah diwartakan oleh pihak SPR adalah dari 9 hingga 18 Februari 2022.
Permohonan undi pos hendaklah dibuat secara atas talian (online) di laman sesawang MySPR Daftar melalui pautan berikut: https://mysprdaftar.spr.gov.my/ atau di portal rasmi SPR di pautan https://www.spr.gov.my/.
Pemohon bagi kategori ini juga adalah tertakluk kepada syarat-syarat kelayakan pengundi pos luar negara yang ditetapkan oleh SPR seperti berikut:
1. Merupakan seorang pemilih berdaftar dengan SPR; dan
2. Bermastautin di luar negara
Bagi proses pemulangan kertas undi ke SPR (setelah diterima), para pengundi pos berkenaan boleh menggunakan mana-mana khidmat kurier sedia ada di negara yang didiami.
Walau bagaimanapun, kos penghantaran semula kertas undi yang telah ditanda adalah atas tanggungan pengundi pos tersebut.
Maklumat lanjut mengenai proses pengundian secara pos di luar negara boleh diperolehi melalui pautan berikut:
https://www.spr.gov.my/ms/permohonan-undi-pos-pru-dewan-negeri-johor-ke-15-0?fbclid=IwAR1jr-K21UOP7BGgcT22fLCSh3Vdw3az2lxWltAFq_1NM3Rx3b0jEiXBM4E