Mission News

PERMOHONAN UNDI POS LUAR NEGARA DI BAWAH KATEGORI 1B BAGI PILIHAN RAYA UMUM (PRU) DEWAN UNDANGAN NEGERI (DUN) MELAKA KE-15

26 October 2021 1 views

Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) telah menetapkan 20 November 2021 sebagai Hari Mengundi bagi PRU DUN Melaka Ke-15.

 

Tempoh permohonan undi pos yang telah diwartakan oleh pihak SPR adalah dari 20 Oktober 2021 hingga 1 November 2021.

 

Permohonan undi bos hendaklah dibuat secara atas talian (online) di laman sesawang MySPR Daftar melalui pautan berikut https://mysprdaftar.spr.gov.my/  atau di portal rasmi SPR di pautan https://www.spr.gov.my/.

 

Pemohon bagi kategori ini juga adalah tertakluk kepada syarat-syarat kelayakan pengundi pos luar negara yang ditetapkan oleh SPR seperti berikut:

1. Merupakan seorang pemilih berdaftar dengan SPR;

2. Bermastautin di luar negara kecuali di Selatan Thailand (Narathiwat, Pattani, Yala, Songkhla, dan Satun); Singapura, Brunei dan Kalimantan, Indonesia; dan

3. Pernah berada atau kembali ke Malaysia tidak kurang daripada 30 hari dalam tempoh 5 tahun sebelum tarikh kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri Melaka.

 

Bagi proses pemulangan kertas undi ke SPR (setelah diterima), para pengundi pos berkenaan boleh menggunakan mana-mana khidmat kurier sedia ada di negara yang didiami. Walau bagaimanapun, kos penghantaran semula kertas undi yang telah ditanda adalah atas tanggungan pengundi pos tersebut. Maklumat lanjut mengenai proses pengundian secara pos di luar negara boleh diperolehi melalui pautan berikut:

https://www.spr.gov.my/ms/pusat-media/berita/permohonan-undi-pos-pru-dun-melaka-ke-15

https://www.spr.gov.my/.../soalan-lazim/undi-pos-luar-negara

Share:
Link copied to clipboard
Back