PERMOHONAN UNDI POS LUAR NEGARA DI BAWAH KATEGORI 1B BAGI PILIHAN RAYA UMUM (PRU) DEWAN UNDANGAN NEGERI (DUN) SARAWAK KE-12
Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) telah mengumumkan tempoh permohonan undi pos di bawah kategori 1B bagi Pilihan Raya Umum (PRU) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak ke-12 adalah mulai 8 November 2021 hingga 24 November 2021.
Permohonan undi pos hendaklah dibuat secara atas talian (online) di laman sesawang MySPR Daftar melalui pautan berikut https://mysprdaftar.spr.gov.my/ atau di portal rasmi SPR di pautan https://www.spr.gov.my/.
Pemohon bagi kategori ini juga adalah tertakluk kepada syarat-syarat kelayakan pengundi pos luar negara yang ditetapkan oleh SPR seperti berikut:
1. Merupakan seorang pemilih berdaftar dengan SPR; dan
2. Bermastautin di luar negara.
Bagi proses pemulangan kertas undi ke SPR (setelah diterima), para pengundi pos berkenaan boleh menggunakan mana-mana khidmat kurier sedia ada di negara yang didiami.
Walau bagaimanapun, kos penghantaran semula kertas undi yang telah ditanda adalah atas tanggungan pengundi pos tersebut.
Maklumat lanjut mengenai proses pengundian secara pos di luar negara boleh diperolehi melalui pautan berikut: