"Program Pembangunan Pelajar Siri 2/2011 telah dianjurkan oleh Pejabat Penasihat Pendidikan dan Latihan JPA, Kedutaan Besar Malaysia di Jepun dari 8-10 Oktober 2011 di Yakehashiri International Exchange Village Iwate. Program ini telah dihadiri oleh sejumlah 60 pelajar tahun 1 tajaan JPA dari pelbagai universiti/kolej di Hokkaido, Tohoku, Shin-etsu dan Hokuriku. Majlis Penutup dan Penyampaian Sijil pada 10 Oktober 2011 telah disempurnakan oleh TYT Datuk Shaharuddin Md. Som, Duta Besar Malaysia ke Jepun. TYT Datuk Duta Besar dan isteri juga telah mengambil peluang tersebut untuk beramah mesra serta bertukar-tukar pendapat dengan pelajar-pelajar yang hadir berhubung isu-isu semasa di Malaysia serta perkara-perkara yang dibangkitkan oleh pelajar-pelajar berkenaan."