Mission News

Solat Sunat Aidil Adha 1430H di Kedutaan Besar Malaysia di Tokyo

19 November 2009 1 views

Bersempena Hari Raya Aidil Adha pada 10 Zulhijjah 1430H bersamaan 27 November 2009M (Jumaat), semua pegawai dan kakitangan Kedutaan Besar Malaysia di Tokyo ingin menyampaikan Salam Aidil Adha kepada warga Malaysia di Jepun.

Kedutaan Besar Malaysia di Tokyo sukacita memaklumkan bahawa Solat Sunat Aidil Adha akan diadakan mulai jam 8.30 pagi di Kedutaan Besar Malaysia beralamat 20-16 Nanpeidai-cho, Shibuya-ku, Tokyo. Rakyat Malaysia beragama Islam di Jepun yang berkesempatan dijemput hadir untuk bersama-sama menunaikan solat.

Share:
Link copied to clipboard
Back