Mission News

Solat Sunat Aidil Fitri 1430H di Kedutaan Besar Malaysia di Tokyo

17 September 2009 1 views

Bersempena Hari Raya Aidil Fitri pada 1 Syawal 1430H bersamaan 20 September 2009M (Ahad), semua kakitangan Kedutaan Besar Malaysia di Tokyo ingin mengucapkan Salam Aidil Fitri kepada warga Malaysia di Jepun.

Kedutaan Besar Malaysia di Tokyo sukacita memaklumkan bahawa Solat Sunat Aidil Fitri akan diadakan mulai jam 8.30 pagi di Kedutaan Besar Malaysia beralamat 20-16 Nanpeidai-cho, Shibuya-ku, Tokyo. Rakyat Malaysia beragama Islam di Jepun yang berkesempatan dijemput hadir untuk bersama-sama menunaikan solat.

Majlis jamuan ringkas akan diadakan bermula jam 9.30 pagi hingga 12.00 tengahari pada hari dan tempat yang sama. Rakyat Malaysia di Jepun yang berkesempatan dijemput hadir untuk memeriahkan sambutan Hari Raya Aidil Fitri 1430H ini.
Share:
Link copied to clipboard
Back