WELCOMING REMARKS BY
H.E. DATO’ KENNEDY JAWAN
AMBASSADOR OF MALAYSIA TO JAPAN
AT
THE HON. MINISTER OF ECONOMIC AFFAIRS’ HIGH TEA
WITH THE MALAYSIAN DIASPORA
MULTI PURPOSE HALL,
EMBASSY OF MALAYSIA IN TOKYO
SUNDAY, 2 FEBRUARY 2020
Terima kasih Saudara Pengerusi Majlis.
Yang Berhormat Dato’ Seri Mohamed Azmin bin Ali
Menteri Hal Ehwal Ekonomi Malaysia
Yang Berbahagia Datuk Seri/Dato’/ Tuan-tuan dan Puan-puan yang saya hormati sekalian.
Selamat tengah hari, salam sejahtera dan selamat datang ke Majlis Hi-Tea bersama Yang Berhormat Dato’ Seri Mohamed Azmin bin Ali, Menteri Hal Ehwal Ekonomi Malaysia.
2. Terlebih dahulu izinkan saya mengalu-alukan kedatangan YB Dato’ Seri Menteri dan delegasi beliau ke Kedutaan Besar Malaysia, Tokyo pada hari ini. Untuk makluman semua, majlis hi-tea ataupun majlis ramah mesra pada tengah hari ini merupakan majlis pertama yang diadakan dengan seorang Menteri Kabinet pada tahun ini.
3.Lawatan YB Dato’ Seri ke Tokyo merupakan lawatan yang begitu penting dalam usaha kerajaan meningkatkan kerjasama dengan negara Jepun. Semasa lawatan, YB Dato’ Seri mempunyai program yang begitu padat, yang merangkumi perjumpaan dengan beberapa orang Menteri Jepun serta lawatan ke beberapa syarikat dan institusi Jepun termask Kosen – that is site visits to several Japanese agencies and institutions to explore new areas of cooperation and enhance bilateral economic ties between Malaysia and Japan.
4.Walaupun YB Dato’ Seri mempunyai aturcara program yang begitu rapat, namun beliau telah sudi meluangkan masa untuk beramah mesra dengan kita / rakyat Malaysia di Jepun pada hari ini.
5.Sehubungan dengan ini, bagi pihak semua warga Malaysia di Tokyo yang hadir pada hari ini, saya ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada Yang Berhormat Dato’ Seri kerana sudi meluangkan masa untuk beramah mesra dengan kita pada tengahari ini. Kita berharap YB Dato’ Seri Menteri akan dapat berkongsi dengan kita perkara-perkara terkini dan penting yang berlaku di tanah air.
6.Oleh yang demikian saya berharap saudara dan saudari mengunakan masa atau peluang pada hari ini dengan sebaik mungkin semasa berinteraksi dengan YB Dato’ Seri Menteri nanti.
7.For Yang Berhormat Dato’ Seri’s information, those who are present here today comprise Malaysian students who are pursuing tertiary education in Japanese universities and Malaysian expatriates who are involved in various fields such as IT, engineering and trading.
8.On that note, Ladies and Gentlemen, please join me in welcoming Yang Berhormat Dato’ Seri Mohamed Azmin bin Ali, Minister of Economic Affairs of Malaysia to deliver his speech.
7.Yang Berhormat Dato’ Seri the floor is yours.