Mission News

TYT Ambassador Mohd Adli Abdullah dan Puan Intan Zurina Dollah telah menganjurkan satu majlis makan malam bagi meraikan delegasi EMGS

12 May 2026 2 views
27 April 2026 - TYT Ambassador Mohd Adli Abdullah dan Puan Intan Zurina Dollah telah menganjurkan satu majlis makan malam bagi meraikan delegasi Study in Malaysia Education Fair di Kediaman Rasmi, Astana.
Delegasi berada di Astana sempena penganjuran program tersebut yang bertujuan mempromosikan Malaysia sebagai destinasi pilihan pendidikan tinggi. Antara yang menyertai delegasi termasuk wakil daripada Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Open University Malaysia (OUM), UCSI University, Multimedia University (MMU) dan Asia Pacific University of Technology & Innovation (APU), antara lain.
Majlis yang berlangsung secara santai ini telah mengeratkan silaturahim di antara delegasi dan tetamu yang hadir. Para tetamu disajikan hidangan tradisi Malaysia yang telah disediakan oleh ahli-ahli Perwakilan Astana.
Share:
Link copied to clipboard
Back