Mission News

GARIS PANDUAN PENGUNDIAN POS LUAR NEGARA

27 March 2018 1 views

www.spr.gov.my/ 

  1. Tarikh permohonan undi pos luar negara adaIah pada 23 Januari 2018 dan akan ditutup pada hari pembubaran Parlimen. Permohonan yang diterima selepas jam 12.00 malam pada hari pembubaran Parlimen tidak akandiproses.

 

  1. Bagi maksud permohonan undi pos, warganegara Malaysia yang berada di luar negara mestilah memenuhi syarat-syarat seperti yang berikut:

 

  1. Mestilah seorang pemilih berdaftar (kategori Pengundi Biasa dan bukan Pengundi Tidak Hadir (PTH) Luar Negara.

 

 

  1. Pernah berada di Malaysia atau kembali ke Malaysia tidak kurang dari 30 hari dalam tempoh tahun sebelum pembubaran Parlimen atauDewan Undangan Negeri yang sedang berkuat kuasa; dan

 

 

  1. Menetap di luar negara (KECUALI bagi merekayang tinggal di selatan Thailand (wilayah Narathiwat, Pattani, Yala, Songkhla dan Satun),Singapura, Brunei dan wilayah Kalimantan lndonesia tidak layak diberikan kemudahan untuk mengundi melalui pos dan perlu balik mengundi pada hari pengundian dijalankan.

 

  1. Permohonan perlulah menggunakan Borang 1B yang telah diisi lengkap hendaklah dihantar kepada lbu Pejabat SPR di Putrajaya melalui kaedah- kaedah yangberikut:

 

  1. Melalui emel kepada upup@spr.qov.my
  2. Melalui faks ke 03-8881 0424/0399/0386/0369
  3. Melalui pos ke alamat:

 

Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia Menara SPR, No.2 Jalan P2T,

Presint 2, Pusat Pentadbiran KerajaanPersekutuan 62100 Putrajaya

(u.p. Unit Pengurusan Undi Pos Luar Negara)

 

FAQ Undi Pos Luar Negara

 

  1. Jaminan bahawa kertas undi akan diterima oleh pengundi sebelum hari pengundian (FAQ, no. 21)

Setelah kertas undi diterima, pengundi hendaklah menanda kertas undi tersebut dan menghantarnya kembali dengan kadar segera menggunakan Sampul Keutamaan B yang disediakan.

 

      ii.         Kaedah pemulangan semula kertas undi kepada SPR (FAQ, no. 22)

Penghantaran kertas undi boleh dilakukan melalui mana-mana perkhidmatan kurier di negara pengundi berada. Kos penghantaran adalah atas tanggungan pengundi.

 

  1. Alamat untuk penghantaran kertas undi kepada pengundi oleh SPR (FAQ, no. 23)

Kertas undi akan dipos kepada pengundi oleh Pos Malaysia berdasarkan kepada alamat yang diberikan oleh pengundi di Bahagian B dalam Borang 1B.

 

      iv.        Tarikh akhir kertas undi perlu diterima oleh SPR (FAQ, no. 24)

Tarikh akhir kertas undi perlu diterima oleh SPR adalah sebelum pukul 5:00 petang hari pengundian

 

 

Share:
Link copied to clipboard
Back