Kedutaan Besar Malaysia di Seoul telah berbesar hati menerima lawatan daripada Bahagian Pembangunan, Kementerian Luar Negeri (KLN) dan Jabatan Kerja Raya (JKR) yang diketuai oleh YBhg. Datin Paduka Anizan @ Siti Hajjar Adnin, Timbalan Ketua Setiausaha Khidmat Pengurusan, KLN. Lawatan ini adalah sempena pemeriksaan akhir bagi projek menaiktaraf dan memulihara bangunan Canceri, Kediaman Rasmi, dan Kuarters di Kedutaan Besar Malaysia di Seoul yang telah selesai pada tahun 2023.






