Pada 9 Oktober 2023, Malawakil Seoul telah menyantuni lawatan para pelajar dari Universiti Malaysia Terengganu ke Canseri. Di kesempatan tersebut, Malawakil telah berkongsi mengenai peranan dan tanggungjawab perwakilan diplomatik Malaysia di luar negara serta latar belakang hubungan diplomatik antara Malaysia dan Republik Korea. Selain itu, kedua-dua pihak juga saling bertukar pandangan tentang peluang-peluang untuk mengangkat martabat Malaysia di mata dunia.

