Mission News

Timbalan Menteri Belia dan Sukan Bertemu dengan Pelajar di Kedutaan Besar Malaysia

11 January 2012 1 views

Timbalan Menteri Belia dan Sukan Bertemu dengan Pelajar di Kedutaan Besar Malaysia

 
 

YB Dato’ Razali bin Haji Ibrahim, Timbalan Menteri Belia dan Sukan dalam rangka lawatan rasminya ke Republik Korea mulai 7 hingga 11 Januari, 2012 telah mengadakan kunjungan ke Kedutaan Besar Malaysia di Seoul pada 9 Januari 2012 untuk bertemu dan beramah mesra bersama-sama pelajar-pelajar Malaysia di Republik Korea. Sewaktu kunjungan diadakan, YB Dato’ Razali dan seluruh anggota rombongan telah diberikan taklimat dan penerangan mengenai fungsi, tugas dan peranan Kedutaan Besar Malaysia dalam usaha mempertingkat dan memperkukuhkan tahap hubungan diplomatik dan kerjasama yang lebih erat lagi di pelbagai bidang termasuk perdagangan, pelaburan, pendidikan, sukan, pelancongan dan sebagainya dengan Republik Korea.

 

 
Share:
Link copied to clipboard
Back