Mission News

PERMOHONAN UNDI POS KATEGORI 1B (LUAR NEGARA) BAGI PILIHAN RAYA UMUM (PRU) DEWAN UNDANGAN SABAH KE-17

14 October 2025 1 views
PERMOHONAN UNDI POS KATEGORI 1B (LUAR NEGARA) BAGI PILIHAN RAYA UMUM (PRU) DEWAN UNDANGAN SABAH KE-17
 
 Kelayakan permohonan undi pos Kategori 1B ini adalah tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan oleh SPR seperti berikut:
 
1. Merupakan seorang pemilih berdaftar yang mengundi di mana-mana Bahagian Pilihan Raya Negeri Sabah; dan
2. Tinggal di luar negara.

Semua permohonan hendaklah dibuat secara dalam talian (online) sepenuhnya melalui portal MySPR. Bagi tujuan ini, pemilih yang layak dan berhasrat mengundi secara pos hendaklah mendaftar akaun MySPR melalui pautan https://myspr.spr.gov.my. Maklumat lanjut berhubung permohonan undi pos juga boleh dicapai di laman web rasmi SPR https://spr.gov.my/permohonan-undi-pos-bagi-pilihan-raya-umum-pru-dewan-undangan-sabah-ke-17/
Share:
Link copied to clipboard
Back