TEKS UCAPAN
TYT EDI IRWAN MAHMUD
Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan 2025
PERWAKILAN Vientiane
Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum warahmatullahi wabaratuh
Pengerusi Majlis, Pengerusi PERWAKILAN Vientiane dan ahli-ahli sekalian.
Alhamdulilah, izinkan saya memanjat setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan izin dan limpah kurnia serta Rahmat-Nya dapat kita berhimpun dalam Mesyuarat Agung PERWAKILAN Vientiane pada tahun ini. Saya juga merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada Pengerusi dan seluruh ahli jawatankuasa kerana menjemput saya untuk merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan PERWAKILAN Vientiane.
- Seperti semua sedia maklum, PERWAKILAN yang telah didaftarkan pada tahun 1978, merupakan satu wadah kepada para isteri pegawai serta pegawai dan kakitangan wanita Kementerian Luar Negeri dan Kedutaan Malaysia di luar negara untuk menjalinkan silaturrahim, berkongsi pengalaman dan bertukar pendapat dalam isu-isu dan hal-ehwal kepentingan bersama. Selain berperanan untuk menganjurkan dan mengendalikan aktiviti yang memberi manfaat kepada ahli-ahli, ia juga berperanan memperkenalkan budaya dan adat resam Malaysia semasa berada di perantauan melalui penyertaannya dalam mengambil bahagian dalam program / acara-acara sosial dan kebajikan di negara tuan rumah.
- Dalam konteks Malawakil Vientiane, saya melihat peranan PERWAKILAN amat penting dan perlu menjadi tunjang kepada kejayaan dan keberkesanan aktiviti yang dilaksanakan oleh Kedutaan.
- Bagi membantu PERWAKILAN bergerak aktif dalam melaksanakan program-program yang dirancang, saya berharap agar kewujudan saluran komunikasi yang pantas amat diperlukan. Dengan adanya komunikasi yang baik, semangat dan usaha bersungguh-sungguh, saya yakin semua program yang dirancang akan dilaksanakan dengan jayanya.
- Pada tahun lepas, Laos telah menjadi tuan rumah bagi KePengerusian ASEAN dan tahun ini pula Malaysia merupakan tuan rumah bagi KePengerusian ASEAN. Saya amat berharap agar ahli-ahli PERWAKILAN akan meneruskan usaha dan tradisi baik sekian lama ini dalam memainkan peranan penting dan turut memikul tanggungjawab yang besar dalam mempromosikan Malaysia dan menampilkan imej positif negara di persada antarabangsa. Tugasan ini adalah penting dan memerlukan usaha dan penglibatan ahli-ahli PERWAKILAN dalam aktiviti-aktiviti sosial, kemasyarakatan, kebajikan dan kebudayaan yang melibatkan lingkungan diplomatik bagi mengharumkan nama Malaysia di mata dunia.
- Akhir kata, saya berharap semua ahli PERWAKILAN Vientiane akan sentiasa aktif demi menjayakan program-program PERWAKILAN. Manfaatkanlah penyertaan puan–puan dalam PERWAKILAN untuk saling berkongsi idea dan pandangan serta merangkai silaturrahim di kalangan semua ahli.
- Akhir kata, dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim, saya dengan sukacitanya merasmikan MESYUARAT AGUNG PERWAKILAN CAWANGAN Vientiane pada hari ini.
- Sekian, wabillaahi taufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Terima kasih.