Alumni MTCP Maghribi telah dilancarkan dengan rasminya oleh Puan Latifa Akherbach, Timbalan Menteri Luar Negeri dan Kerjasama Maghribi pada 27 Disember 2008 di Kediaman Rasmi Duta Besar Malaysia di Rabat. Majlis pelancaran itu telah dihadiri oleh 60 orang ahli ALUMNI yang telah dibentuk pada 19 April 2008 serta beberapa orang pegawai kanan Kementerian di Rabat. Puan Latifa, Datuk Othman Samin, Duta Besar dan Encik Jawad Sadiq, Presiden Alumni telah menyampaikan ucapan. Walaupun baru dilancarkan secara rasmi, Alumni telahpun menjayakan beberapan program sejak ditubuhkan. Mengikut rekod terdapat 222 pegawai Kerajaan Maghribi yang telah mengikuti program latihan MTCP.
| Sesi bergambar oleh para peserta Alumni MTCP Maghribi bersama Puan Latifa Akherbach, Timbalan Menteri Luar Negeri dan Kerjasama Maghribi dan Datuk Othman Samin, Duta Besar Malaysia ke Maghribi |