Mission News

MUKTAMAR TAHUNAN PMMM 2026

25 April 2026 1 views

MUKTAMAR AGUNG TAHUNAN 2026 PMMM

Pada 25 April 2026, Dato’ Shahabudeen Adam Shah telah merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan 2026 Persatuan Mahasiswa Malaysia Maghribi (PMMM) di Rabat. Dalam ucapan perasmiannya, beliau menekankan kepentingan kepimpinan yang berwibawa dalam memastikan kesinambungan kecemerlangan PMMM sebagai wadah utama kebajikan dan pembangunan pelajar Malaysia di Maghribi. Beliau turut menyeru agar barisan kepimpinan PMMM terus memperkukuh halatuju strategik persatuan serta memperluas peranannya dalam meningkatkan keupayaan dan jati diri pelajar di peringkat antarabangsa. Duta Besar juga menyatakan komitmen berterusan pihak Kedutaan dalam usaha memperkasa pengurusan persatuan serta menjaga kebajikan pelajar Malaysia di Maghribi.

 

Share:
Link copied to clipboard
Back