Mission News

PERTEMUAN DENGAN PARA PELAJAR MALAYSIA

16 February 2026 1 views

PERTEMUAN DENGAN PARA PELAJAR MALAYSIA

Pada 16 Februari 2026, Dato’ Shahabudeen Adam Shah telah mengadakan pertemuan bersama para pelajar Malaysia yang memulakan pengajian di Universiti Mohammed V di Rabat. Semasa pertemuan tersebut, pihak Kedutaan telah menerangkan mengenai perkhidmatan konsular yang disediakan. Pertemuan ini mencerminkan komitmen berterusan pihak Kedutaan dalam memastikan kebajikan, keselamatan dan kesejahteraan pelajar Malaysia di Maghribi sentiasa terpelihara. Kedutaan turut mengucapkan selamat maju jaya kepada para pelajar dalam menempuh alam pengajian dan mendoakan agar mereka berjaya mencapai kecemerlangan akademik.

Share:
Link copied to clipboard
Back