Mission News

Berita dari Kedutaan Besar Malaysia di Rabat

24 July 2008 1 views

 

1. Persatuan Mahasiswa Malaysia di Maghribi telah mengadakan Mesyuarat Agong ke-7 pada 14 Julai 2008 di Kenitra. TYT Othman Samin, Duta Besar Malaysia ke Maghribi telah merasmikan mesyuarat berkenaan. Peneraju utama Persatuan bagi sesi 2008/2009 telah dipilih dengan diketuai oleh saudara Ahmad Fathi Mohammad, pelajar sarjana dari Marrakesh sebagai Presiden.
 
2.Seramai 24 orang graduan Malaysia di Maghribi menerima ijazah mereka di satu majlis konvokesyen yang julung-julung kali diadakan di Rabat pada 17 Julai 2008. Ijazah telah disampaikan oleh TYT Othman Samin, Duta Besar Malaysia di Maghribi dengan dihadiri oleh Prof. Dr. Mohamwd Essaouri, Presiden Universiti Ibnu Tofail, Kenitra dan juga Prof. Madya Dr. Jamil Bin Hashim, Pengarah Jabatan Penuntut Malaysia di Kaherah. Majlis juga turut dihadiri oleh pensyarah dan tenaga akademik beberapa universiti di Maghribi serta beberapa orang ahli Alumni MTCP. Anugerah Duta Besar untuk pelajar cemerlang telah diperkenalkan dan penerima ulung kali ini ialah Encik Irda’ Mokhtar, pelajar doktor falsafah.
 

 

Share:
Link copied to clipboard
Back